BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

We iN LoVe 4eVeR

We iN LoVe 4eVeR

About Me

My photo
Aku merupakan seorang isteri kepada seorang suami yg baik & penyayang..& insyaallah tidak lama lagi bakal bergelar mama. Mudah-mudahan kebahagian ini berkekalan hingga akhir hayat.. Dear My Hubby: U are the best in the world.

Wednesday, July 14, 2010

Dari Kerana Mata...

"Dari Mata Turun Ke Hati".... mesti korang pernah dengar pepatah nie kan??? Dari Kerana Mata jugak lah "INTAN & ZAMRI" bersatu..Dan yang pastinya dah tertulis jodoh kami dari azali lagi. So bersatulah bila dah sampai masa yang di tetapkan oleh ALLAH SWT. ALHAMDULLAH SYUKUR PADA ALLAH.

Tapi kali ni bukan aku nak kongsi citer tentang aku dengan My Hubby, sebaliknya tentang drama di tv1. Setiap hari Isnin hingga Khamis jam 11.00 pagi. Entah sejak bila aku jadi penggemar drama-drama bersiri tv1 nie pun aku tak tahu. seperti tajuknya jugak.."Dari Mata Arisa"...sekali tertengok, membuatkan aku ternanti-nanti di depan tv setiap pagi.

Sebab nak tengok drama ni lah, pagi nie MIL aku pelik napelah aku dah start masak seawal jam 7.30 pagi...siap ditanya nape...hehehe...hebat penangan drama ni... Selalunya Drama bersiri Korea, Thai, Filiphin atau Kantonis ja yang aku tengok..nasiblah My Hubby pun kaki Drama Korea, Thai, Filiphin & Kantonis gak..so takdalah yang berbeza citer nak tengok.. dapat tengok sama-sama... dah kira salah satu cara meluangkan masa bersama lah tu..hehehe

Ok...berbalik pada drama "Dari Mata Arisa"... lagu tema drama ni lagu lama, aku rasa tajuk lagu ni tajuk "Dari Kerana Mata"... Kira lirik berbunyi camni lah..."Dari kerana mata, yang mempunyai kuasa.... oooo aku tergoda, aku tergoda terkecewa...dari kerana mata..." Hehehe... lau korang nak tau, bukan setakat aku jer yang tergoda, tapi si kecik (anak maksu aku) pun tergoda...umarnya baru 5thn. Setiap pagi di gi Tadika, tapi disebabkan deman, tak gi lah Tadika. sebaliknya dok melangut tv dengan aku...

Oleh sebab dia tah tahu apa tajuk drama ni, dia akan nyanyi lagu tema drama tiap hari..yelah dah gi tadika, tak dapat ah tengok lagi..lepas balik jer mesti tanya kat aku.. "Kak long, kak long tengok tak citer "ten ten ten"??" pastu dia nyanyi..bunyinya camni..."Dari kerana mata..ten ten ten ten ten ten..." sebabnya ayat pastu dah tak tahu... heheehhe Budak-budak cepat terpengaruh...hahahha...





Watak utama Arisa ( Ayu Raudah)

Untuk pengetahuan korang.. drama ni di adaptasikan dari novel keluaran Alaf 21 yang berjudul "Kau Sayangku" kalau tak silap aku. Novel ni memang best... Al-maklum lah... aku ni kan penggemar dan peminat setia novel keluaran Alaf 21. So jom tonton..tak pun dapatkan novel keluaran alaf 21 berjudul "Kau Sayangku".. Selamat menonton...

**Semoga Kasih Sayang, Cinta dan Segalanya Yang Dianugerahkan ALLAH Pada Kita Berkekalan Hingga Akhir Hayat Kita..AMIN.** Love U So Much..My Hubby :- Mr. Zamri**

0 comments:

mY LiFe

Daisypath Wedding tickers